Dear sayang mama.. Dari semalam lagi mama terfikir nak makan mee goreng. Tambahan pulak masa kita pergi Asda semalam jumpa egg noodle, 3 for £2.50. Sebelum ni jumpa yg brand sharwood tp lama dah tak jumpa. Murah pasal brand Asda kot. Boleh la. So pagi2 tadi, mama tau sayang tak perasan sebab sayang lena sungguh, mama bangun awal siapkan barang2. Tambahan pula papa dah janji nak bawak kita jalan2 ke Castleford. Anyways, resipi asalnya ialah mee goreng mamak, tapi disebabkan tak cukup bhn spt udang, serbuk kacang, sawi.. Banyak la pulak, tp kesimpulannya mmg serba serbi kekurangan, jadi mee goreng mamak jadi mee goreng mama sahaja ye..

Bahan
1. Bawang besar n putih
2. Serbuk cili

3. Ayam
4. Telur
5. Sos tomato
6. Kicap
7. Mee
8. Kiub ayam knorr

Tumis bawang, cabai sampai naik minyak. Masukkan ayam n kiub pati ayam. Masukkan mee dan bahan2 lain.. Kacau2 and walla....

Sorry la presentation tak cantik.. Tak letak bawang goreng segala..
Anyways, just want to remind you that you loved my mee.. How do I know this? You finiah your portion during breakfast AND ate it for lunch.. Sedap la tu kan... Hehehe..

- Posted using BlogPress from my iPhone Che Puteh
No comments:
Post a Comment