Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah dah hari jumaat dah ni, pejam celik, pejam celik. sekejap sangat masa berlalu. for the first time, for the last couple of weeks i felt that i am on the roll, terasa diri ini bekerja dengan kuat sekali, selain mendapat idea dan ilham yang mencurah2. alhamdulillah sangat2. pulun study berhari2 cari macamana nak dapat kan gibbs energy of formation dependence on temperature, serba tak kena. Antoine (sebutan nya baru ku tahu: 'An-tuan' ye kawan2, bukan 'An-toyn' seperti sekian lama ku sebut) correlation ku cuba, NASA polynomial ku try, virial EOS ku test, semua tak kena, tak menjadi. Dari isnin lagi. Last2 pagi tadi jumpa paper yang refer to satu buku publish the year after i was born, 'Synthetic fuel' . Memandangkan aku buntu, aku jejaki jugak la buku itu, nasib baik ada dilibrary. Menarik kat sini, segala buku dr zaman tok kadok ada, dan gaya penulisan buku lama2 ni macam bercerita. Kalau spend masa untuk baca betul2 mmg akan mudah faham apa yang diorang nak sampaikan. selama hari ini aku suka sangat base on the cover, kiranya i judge the books by its covers la. kalau buku lama2 dan buruk2 skit mmg boleh kata takkan baca punya la. suka cover yang cantik2 je. (rasa byk je buku2 lama kt perpustakaan tun sri lanang yang tak dihargai..). the point being is that, zaman sekarang orang dok war2kan penemuan2 baru tapi betul ke? teringat kt sv ku sorang nie, ada koleksi buku dr zaman dia undergrad dan phd (btw dia dapat phd thn 1964.. ;p) ada je buku dia soh baca, thesis lama dia soh refer. haa there's even a concept of heat transfer dia kata dia rasa silap quote, sbb ada org german yang dah publish dulu sebelum the person yang dia quote tu.. (Schumanm simple model - heat transfer between solid and gas).
Where was I?? Ok so dapat la buku Synthetic fuel tu, tgk2 dia quote orang lain jgk, tp nasib baik correlation dia simple and direct. rupa2nya NASA etc kalau nak dapatkan enthalpy terus boleh la, tp heran, patut boleh je nak dapatkan enthalpy of formation drp tu. since i thought that i had enough 'drama' (chewah2 study pun drama jugak..) i proceeded, nanti la i know eventually kena figure out jgk NASA nie (its most reliable according to my sources), sbb yang buku tu limited je (ni kes tak tgk original source la nie.. aiyoo) tak kira2.
So i tried out in excel.. jadi2, dapat value as per references (yang tak bagi correlation) nak melompat dah nie (tak da la, just literally) then adjusted my program sekali tak jadi. i think this was about 2pm. godek2, adjust sana sini, jenuh dok pikir, rasa i duplicate sama mcm yang kt excel, kira manual using my calculator pun dapat je. aiyoo berdrama la lagi.. tp tiba2 tergerak hati tgk balik model saja tukar 'log10' ke 'log' je and run.. JADI!! ye ye ye.. Alhamdulillah2.. itu je ke?? godek kt 2 jam 30 min.. silly me. anyways, nasib baik dapat ilham tu, kuasa Allah jugak, sebab kalau tak sampai sudah tak boleh detect (ye la sebab dah sampai tahap taip balik satu2 program tu, punya la last resort habis)..
Kesimpulannya, model jadi, sekarang tinggal nak generate data and plot graph je la.. Plot graph pun boleh jd drama jugak. Godek2 Origin & Tecplot sorang2 tak mendatangkan hasil. So semalam mintak tolong postdoc plot kt origin. Senang bangat!! Dalam masa aku mengodek2 origin tu dah siap tukar ke matrix form dah tinggal tak plot je, boleh tak.. hehehhee.. sangat funny macam nak ketuk kepala sendiri. Anyways, dapat jugak plot data2 (btw nie data hysys) hysys pun aku buat jgk, dia kluar graph jgk tapi rangka2 aku nak surface (macam byk akal pulak - no la, sv yang nak surfac, so kena bagi surface la). ni pun tak habis buat lg.. wah byk betul kerja nak kena siapkan this weekend. yup this weekend, sbb next week nak kena start program baru given by another sv. yang ni, document dia release 4 march baru nie (hot from the oven) jumaat minggu lepas sanggup turun install kt pc aku. so i have to do something about it. dia jugak cakap this will be your chapter 3 or 4 in your thesis... (takuttt..)
Erm, rasa macam panjang pulak karangan aku ye hari nie. Rajin sangat pun tak, tp si kecik tu tidur dr aku balik tadi, nampak gaya mmg tidur sampai pagi la ni. So, ada la masa sikit. Well, karangan panjang2 pun memboringkan jgk. Better go now..
best wishes,





ruwaida meskipun ufa tak faham apa yang diceritakan..tapi tetap membacanya sampai habis...hehe...ok all the besy ye...
ReplyDelete